Yayasan Restu
Merupakan sebuah institusi seni dan kebudayaan Islam yang berdedikasi dalam memartabatkan kesenian khat, seni mushaf, serta penerbitan Al-Quran di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1988, yayasan ini menjadi pelopor dalam menghasilkan manuskrip Al-Quran yang indah dan penuh seni, hasil karya anak tempatan yang berbakat.More..
Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Allah, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.
Islam merupakan agama yang unggul dengan risalah terakhirnya, al-Qur’an yang telah diturunkan oleh Allah kepada umat manusia. Ajarannya telah berjaya menarik jutaan manusia sejak 1400 tahun yang lalu. Umat Islam ternyata membentuk keunikan agama tersebut iaitu apabila mereka mengasaskan bidang kesenian yang menakjubkan dalam sejarah dunia. Gaya kesenian Islam terserlah melalui sesuatu ciri yang baru dan kualiti teknik yang menakjubkan serta digunakan untuk menghasilkan pelbagai bentuk karya seni.More…


